Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ubah penampilan ruang

    DALAM usaha mengindahkan ruang dalaman, tentunya kertas dinding menjadi pilihan kerana ia berupaya menzahirkan kelainan yang anda inginkan.

    Corak, warna dan tekstur yang ada pada elemen hiasan itu mampu mengubah penampilan ruang biarpun ringkas atau kurang perabot.

    Kemajuan teknologi hari ini turut mendedahkan pengetahuan berkenaan pemasangan kertas dinding yang boleh dilakukan sendiri pemilik kediaman berbanding mengecat.

    Bagi kediaman bersiling rendah, penggunaan kertas dinding bergaris jalur menegak dilihat mampu memberikan ilusi ruang lebih luas.

    Motif berjalur melintang pula membantu ruang sempit tampil lebih lebar atau luas.

    Corak, warna dan tekstur yang ada pada elemen hiasan itu mampu mengubah penampilan ruang biarpun ringkas atau kurang perabot.

    Warna pastel atau terang pada kertas dinding juga menambahkan nilai ruang untuk kelihatan menarik dan eksklusif.

    Sementara itu, motif mewah seperti awan larat antara pilihan kebanyakan dari kita untuk menzahirkan ruang penuh seni.

    Motif itu tidak hanya sesuai untuk kediaman luas semata-mata.

    Apabila ditempatkan pada dinding kediaman sempit, suasana juga berubah cuma motifnya pula perlu lebih kecil.

    Motif bercorak flora

    Bagi motif flora yang membabitkan tumbuhan atau bunga-bungaan, ia dilihat lebih bersifat universal kerana tidak hanya sesuai untuk satu ruang atau konsep dekorasi saja.

    Tidak kira konsep Inggeris, klasik, orientalis atau moden kontemporari.

    Penataan yang anda inginkan dapat diketengahkan sepenuhnya asalkan kena dengan gayanya.

    Begitu juga dengan motif rustik yang mempunyai peminat dan nilai seni tersendiri.

    Apatah lagi kertas dinding dengan corak ini sering tampil dengan warna bumi yang tidak pernah lapuk ditelan zaman.

    Antara yang popular adalah motif batu-bata, batu-batuan sungai dan kayu.

    Kertas dinding mempunyai motif grafik pula memberikan impak menonjol dan sofistikated untuk ruang tertentu.

    Bagaimanapun, motif ini biasanya pada dan sarat, jadi anda perlu bijak dalam menyesuaikannya dengan perhiasan lain.

    Tidak dinafikan, motif ini antara titik fokal ruang walaupun tanpa hiasan lain.

    Jika ingin digandingkan dengan perabot, pilihan warna polos atau tanpa corak sangat sesuai. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda