Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MAC – Kedai Bergerak Progresif yang telah dilancarkan kelmarin, menggunakan Maxus V80 yang diubahsuai oleh GHK Motors Sdn Bhd.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan GHK Motors, sebagai pengedar tunggal kenderaan Maxus di Brunei, syarikat berkenaan menyediakan kerja pengubahsuaian dan fabrikasi Maxus V80 yang memenuhi keperluan dan kehendak perniagaan pelanggan.
Pelanggan dapat menyesuaikan ruang dalaman dan luaran seperti pemasangan rak, meja, kerusi, dan peralatan elektrik hingga pelekat vinil di bahagian luar.
GHK Motors juga memberikan bantuan kepada pelanggan untuk permohonan permit daripada Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) jika diperlukan.
Kenyataan menambah, Maxus V80 juga dapat digunakan untuk kegiatan perniagaan lain seperti perkhidmatan penghantaran, katering makanan, kargo dan bas mini dengan kapasiti maksimum 16 tempat duduk.
Kedai Bergerak Progresif digunakan sebagai kedai bergerak oleh pasukan jalanan Progresif sebagai bahagian daripada rancangan transformasi runcit yang sedang berjalan.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2021/03/PAGE-8-1_31032021.jpg)