Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ubah suai van jadi kereta kebal demi anak

    BAC NINH, VIETNAM, 29 MAC – Seorang ayah di Vietnam menghabiskan masa ratusan jam dan wang beribu-ribu untuk menukar sebuah van lama menjadi kereta kebal kayu untuk anaknya – hobi menarik di negara yang sebelum ini dilanda peperangan.

    Setiap hujung minggu, Truong Van Dao memandu sebuah kenderaan yang sebelum ini merupakan bas mini 16 penumpang di sekitar kejiranan di wilayah Bac Ninh, timur ibu kota Hanoi, bersama anaknya yang berusia tiga tahun.

    Kenderaan itu adalah berdasarkan model EBR105 Perancis dan lengkap dengan senapang replika 2.8 meter panjang, yang menelan kos AS$11,000 untuk diubahsuai.

    “Saya dan anak saya merasakan ia lebih seronok untuk memandu kereta kebal, yang tidak mempunyai kaitan dengan senjata atau perang,” kata Dao kepada AFP. “Saya hanya menganggapnya sebagai sebuah kereta biasa, diubahsuai menjadi kereta kebal untuk menjadikan ia lebih menarik,” kata tukang kayu berusia 31 tahun itu.

    Ia mengambil masa tiga bulan untuk Dao dan dua rakannya mengubah usai van tersebut menjadi kereta kebal. Dia mengekalkan enjin utama dan lantai mini bas tersebut, tetapi mengatur semula bahagian dalaman untuk memberi ruang kepada gear. “Bahagian paling sukar ialah bagaimana untuk membuatkan roda bawahan bergerak,” dedahnya.

    Oleh sebab itu, Dao dan anaknya tidak akan memecahkan sebarang rekod kelajuan. Kelajuan maksimum kenderaan itu ialah 25kmsj. – AFP

    Truong Van Dao bersama anaknya bersiar-siar menaiki kereta kebal yang telah diubah suai di sekitar kejiranan di wilayah Bac Ninh, timur Hanoi. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda