Saturday, March 15, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ubai alami kecederaan, perlu rehat enam minggu

    Personaliti media sosial, Ubai terpaksa berehat selama enam minggu daripada melakukan sebarang aktiviti lasak selepas terjatuh ketika bermain bola sepak kelmarin.

    Gara-gara insiden itu, Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkei, 26, memberitahu dia mengalami pendarahan pada bahagian tulang tengkuk dan perlu mendapatkan rawatan susulan.

    Meskipun sedang berdepan kecederaan dan perlu berehat panjang, Ubai berkata perkara itu sama sekali tidak menganggu tugasnya dalam menguruskan anak setiap hari.

    “Saya terjatuh main bola semalam jadi lepas pemerikasaan dapati saya ada pendarahan sikit pada bahagian tulang tengkuk.

    “Saya perlu berehat enam minggu dan selepas dua minggu pula jalani fisioterapi.

    “Saya berehat dari segi penjagaan fizikal tak boleh terlalu lasak.

    “Tapi tiada masalah untuk jaga anak, Saya tetap jaga anak macam biasa,” katanya ketika dihubungi mStar.

    Sebelum ini, Ubai berkongsi video di Instagram memaparkan keadaannya terjatuh selepas bertembung dengan pemain lawan dalam satu perlawanan bola sepak.

    Susulan itu, dia terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan selepas penglihatannya terganggu dan mengalami pening berpanjangan. – Agensi

    Ubai kasihan melihat Shila terpaksa menjaganya sehingga sihat. – ANN/The Star
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda