CHICAGO, 2 JUN – Sejenis ubat baharu boleh menambah lagi jangka hidup wanita lebih muda yang menghidapi kanser payu dara paling umum, kata penyelidik semalam, memetik keputusan percubaan klinikal antarabangsa.
Hasil dapatan itu, dibentangkan pada mesyuarat tahunan Persatuan Onkologi Klinikal Amerika di Chicago, menunjukkan peningkatan penyekat kitaran sel ribociclib menambah jangka hidup kepada 70 peratus selepas tiga setengah tahun.
Kadar kematian adalah 29 peratus lebih rendah apabila pesakit, kesemuanya di bawah 59 tahun, diberikan plasebo tersebut. Penulis utama Sara Hurvitz memberitahu AFP kajian itu menumpu pada jenis kanser payu dara yang dicetuskan oleh hormon estrogen dan menyumbang kepada dua pertiga daripada kesemua kes di kalangan wanita lebih muda.
Ia pada umumnya digunakan oleh terapi yang menyekat penghasilan hormon.
“Anda boleh mendapatkan sinergi, atau respon yang lebih baik, penghapus kanser yang lebih baik, dengan menambah salah satu penyekat kitaran sel berkenaan, di samping terapi penyekat hormon,” kata Hurvitz. – AFP