Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ubat Eisai berkesan untuk Alzheimer

    TOKYO, 29 SEPT – Pengeluar ubat Jepun, Eisai Co. dan syarikat biofarmaseutikal Amerika Syarikat, Biogen Inc., pada Rabu memaklumkan ubat Alzheimer yang mereka bangunkan bersama, didapati berkesan memperlahankan kemerosotan simptom dalam ujian klinikal tahap akhir.

    Eisai merancang untuk memohon kelulusan kawal selia dadah, lecanemab, di Jepun, Amerika Syarikat dan Eropah menjelang akhir Mac 2023, lapor Jiji Press.

    Percubaan klinikal tahap akhir dijalankan ke atas 1,795 orang.

    Keputusan percubaan menunjukkan kesan ketara secara statistik, termasuk memperlahankan perkembangan simptom sebanyak 27 peratus berbanding pesakit yang diberi plasebo, menurut syarikat itu.

    Aducanumab, satu lagi ubat untuk penyakit Alzheimer, yang dibangunkan bersama oleh Eisai dan Biogen, diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubatan AS pada Jun tahun lepas. Namun keberkesanannya dipersoalkan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda