Sunday, June 30, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Ubat langsing badan, Wegovy diluluskan di China

    COPENHAGEN, 26 JUN – Ubat penurunan berat badan keluaran Novo Nordisk, Wegovy telah diluluskan untuk digunakan di China, kata firma gergasi farmaseutikal Denmark itu.

    Syarikat itu – terbesar di Eropah berdasarkan permodalan pasaran, mengesahkan kepada AFP kelmarin Beijing telah memberi kelulusan untuk rawatan itu diberikan kepada orang yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes dengan sekurang-kurangnya satu komorbiditi berkaitan berat badan.

    Tidak jelas bila Wegovy akan dilancarkan secara rasmi di China, di mana jualan Novo Nordisk meningkat sebanyak 11 peratus tahun lepas pada kadar pertukaran tetap.

    Patennya di negara kedua paling ramai penduduk di dunia itu luput pada 2026.

    Berdasarkan molekul semaglutide, Wegovy dilihat sebagai peneraju revolusi dalam rawatan obesiti, punca utama penyakit di seluruh dunia maju. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China pecat bekas menteri pertahanan

    BEIJING, 28 JUN - Bekas menteri pertahanan China, Li Shangfu telah dipecat daripada Parti Komunis yang memerintah kerana menyebabkan ‘kerosakan besar kepada puncanya’ melalui...