Wednesday, September 18, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ubat Saxenda selamat untuk kanak-kanak obes

    WASHINGTON, 11 SEPT – Ubat yang diluluskan untuk merawat obesiti pada orang dewasa dan remaja didapati selamat dan berkesan untuk kanak-kanak seawal usia 6 tahun apabila digabungkan dengan diet dan senaman, menurut kajian kecil baharu.

    Liraglutide menurunkan jisim badan, melambatkan kenaikan berat badan dan meningkatkan penanda kesihatan pada kanak-kanak berusia 6 hingga 11 tahun, menurut kajian yang dibentangkan kelmarin di persidangan perubatan dan diterbitkan dalam New England Journal of Medicine.

    Berdasarkan hasil kajian tersebut, pengeluar ubat Novo Nordisk telah meminta pengawal selia Amerika Syarikat (AS) untuk meluaskan penggunaan ubat itu kepada kanak-kanak dalam kumpulan umur tersebut, kata jurucakap syarikat kelmarin.

    Jika diluluskan, ubat berkenaan akan menjadi yang pertama dibenarkan untuk merawat jenis obesiti paling biasa yang menjejaskan lebih daripada 20 peratus kanak-kanak AS berumur 6 hingga 11 tahun, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC).

    “Setakat ini, kanak-kanak hampir tidak mempunyai pilihan untuk merawat obesiti,” kata Dr Claudia Fox, pakar obesiti pediatrik di Universiti Minnesota yang mengetuai kajian tersebut.

    Pakar berkata doktor dan ibu bapa perlu mempertimbangkan dengan teliti risiko tersebut serta kekurangan data mengenai penggunaan jangka panjang ubat-ubatan sedemikian pada kanak-kanak kecil.

    “Mempunyai ubat untuk kumpulan umur tersebut, jika diluluskan, akan menjadi alat yang berguna, tetapi kita juga perlu berhati-hati dengan sejauh mana kita mula menggunakannya,” kata Dr Melissa Crocker, pakar obesiti pediatrik di Hospital Kanak-Kanak Boston yang tidak terlibat dalam kajian tersebut. – AP

    Bendera dengan logo syarikat Novo Nordisk. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda