Sunday, November 24, 2024
26.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ubat turunkan berat badan membimbangkan

    PARIS, 28 FEB – Ubat diabetes Ozempic telah menjadi fenomena media sosial kerana ciri-cirinya yang mampu menurunkan berat badan, namun kepopularannya yang meningkat telah membawa kepada kekurangan bekalan dan doktor memberi amaran mengenai potensi kesan sampingan.

    Video di bawah hashtag #Ozempic mempunyai hampir 600 juta tontonan di TikTok, di mana kebanyakan pengguna mengemaskinikan pengikut mengenai berat badan mereka yang susut.

    “Turun 40 kilogram dalam kurang tiga bulan dapat dicapai’ disebabkan Ozempic,” kata seorang pengguna TikTok Perancis dalam hantaran pada Disember dengan hampir 50,000 tontonan.

    “Ia satu keajaiban,” tambahnya.

    Ubat yang dapat disuntik dari firma farmaseutikal Belanda, Novo Nordisk itu pada mulanya dibangunkan dan diluluskan di beberapa negara untuk merawat diabetes jenis 2.

    Ramuan aktif ubat, semaglutide, terikat kepada reseptor hormon yang mengawal gula darah, sekali gus merangsang pengeluaran insulin apabila paras glukosa adalah tinggi.

    Ia memperlahankan proses penghadaman dan mengurangkan selera seseorang.

    Pada awal 2021, penyelidikan mendapati hampir tiga perempat orang yang menggunakan ubat itu kehilangan lebih 10 peratus daripada berat badan mereka. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda