Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ubatan-ubatan bernilai RM75,000 dirampas

    SANDAKAN, 30 Mac – Pasukan Polis Marin (PPM) di sini merampas pelbagai jenis ubat-ubatan haiwan dan vitamin bernilai RM75,000 yang tidak diisytiharkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia selepas menahan sebuah lori berhampiran Pelabuhan Sandakan dekat sini, semalam.

    Pegawai Pemerintah PPM Sandakan ASP Mazre Che Mahmod berkata pihaknya menahan lori tersebut yang sedang bergerak keluar dari Pelabuhan Sandakan pada 5:15 petang.

    Katanya hasil pemeriksaan menjumpai beberapa karung guni yang diisi dengan ubat-ubatan haiwan dan vitamin termasuk 1,116 botol kalsium laktat+vitamin D3 dan 620 botol multivitamin.

    Rampasan dilakukan di bawah Akta Farmasi 1951, katanya di sini, hari ini. Beliau berkata turut dirampas 988 bungkus makanan ayam bernilai RM39,120.

    Mazre berkata kesemua barangan rampasan akan dirujuk ke Bahagian Farmasi Jabatan Kesihatan Sandakan untuk tindakan lanjut. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda