Wednesday, July 16, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ubaya-ubaya dengan pinggan mangkuk daripada tulang haiwan

    Beberapa minggu yang lalu, saya tertarik dengan cawan dan pinggan jenis porselin yang beraneka bentuk dan warna dijual di sebuah kedai.

    Setelah pulang, saya membuka pelekat pada harganya dan ternampak tulisan fine bone.

    Ketika dicari di dalam laman web, fine bone itu bermaksud pembuatannya ada mengandungi abu tulang haiwan.

    Apa yang diragui juga, tulang haiwan yang digunakan boleh terdiri daripada campuran tulang lembu dan mungkin tulang haiwan lain yang tidak diketahui.

    Perkara tersebut saya sudah suarakan kepada pihak berkenaan namun masih belum ada jawapan yang pasti sama ada ia halal digunakan atau sebaliknya.

    Sebagai masyarakat yang semakin prihatin terhadap kesihatan dan keselamatan dalam penggunaan barangan harian, sudah sewajarnyalah kitani perlu lebih peka dan ubaya-ubaya dalam memilih produk yang digunakan di rumah.

    Adalah penting untuk memastikan bahawa pinggan mangkuk yang kita gunakan disahkan kehalalannya dan bebas daripada bahan berbahaya seperti plumbum dan kadmium yang boleh meresap ke dalam makanan dan minuman.

    Oleh itu, penulis ingin menyarankan agar masyarakat di negara ini untuk memilih produk yang disahkan selamat dan halal serta mempunyai label yang jelas mengenai kandungannya.

    Wafry Dollah

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda