Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Ubaya-ubaya ketika bertandang ke rumah terbuka

    Sebaik sahaja Aidilfitri diraikan, ramai yang sudah pun merancang untuk mengadakan rumah terbuka yang kian popular dan menjadi rutin rakyat di negara kita.

    Ini kerana amalan saling kunjung-mengunjungi ini sudah tidak asing lagi, malah sudah jadi kebiasaan umat Islam lebih-lebih lagi di negara kita yang sering mengadakan rumah terbuka sepanjang Syawal.

    Namun, di sebalik keseronokan menjamu selera dan saling berkongsi cerita, masih juga ramai yang memandang rendah adab berkunjung atau mengunjungi majlis rumah terbuka sehinggakan ada yang tidak menghormati tuan rumah.

    Saya cukup tertarik dengan isu ini kerana ia sering mendapat perhatian umum pada minggu pertama Syawal lagi. Antaranya berhubung tingkah laku anak-anak ketika menghadiri rumah terbuka.

    Kekecewaan ini ingin saya kongsikan dalam ruangan Pendapat Pembaca ini agar menjadi iktibar buat para ibu bapa dan penjaga di luar sana. Baru-baru ini, saya cukup geram dengan perangai dan ‘ulah nda bisai’ anak-anak saudara saya semasa berkunjung ke rumah saya di mana mereka telah menjatuhkan kuah sate di atas kerusi meja makan di rumah saya, sehingga meninggalkan kesan yang amat ketara.

    Ironinya, berhubung masalah anak-anak nakal ini mengusik atau merosakkan barang orang lain bukanlah perkara luar biasa.

    Mungkin ia kelihatan remeh, tetapi ia meninggalkan kesan mendalam buat orang-orang kitani sehingga ada yang menyuarakan keraguan mereka untuk menjemput rakan atau kenalan dan mengesyorkan rumah terbuka.

    Dalam hal ini, saya berpendapat masalah yang demikian timbul adalah disebabkan kurangnya didikan akhlak dan kasih sayang dalam kalangan perindungan itu sendiri.

    Waima tah ibu bapa membiarkan anak-anak mereka berbuat sesuka hati hanya kerana inda mahu aktiviti mereka diganggu oleh anak-anak. Sewajarnya, ibu bapa perlu menanai nilai-nilai murni dalam diri anak-anak termasuk adab menziarahi rumah tetamu dengan berpesan awal kepada mereka seperti berdiam diri dan duduk bersama keluarga. Sebaik sahaja sampai di destinasi, perhatikan betul-betul tindakan anak-anak. Jika awda tidak boleh mengawalnya, pulanglah untuk menghormati tuan rumah.

    Sehubungan itu, ambillah kesempatan untuk membentuk personaliti anak-anak dan mengajar mereka budaya menghormati orang lain. Bukankah kita perlu melentur buluh daripada rebungnya?

    RafiqFire

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    Tetamu mesti ada adab, hormat tuan rumah

    Minggu lalu, saya menerima kunjungan seorang rakan lama bersama...

    Mengapa tablet beri mudarat anak kecil?

    Oleh Scott Ervin - Baru-baru ini, saya berada di atas...

    Malam Munajat jelaskan kepentingan menuntut ilmu

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 15 SEPT - Menuntut...

    Ardell lalui detik cemas, tetap kuat bawa semangat anak-anak

    Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana berkongsi detik cemas...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...