Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Ubaya-ubaya semasa berada di luar negara

    Alhamdulillah bermula 1 Ogos, aktiviti rentas sempadan darat dan laut disambung semula dan ini merupakan berita gembira yang dinanti-nantikan bagi penduduk, rakyat dan warga asing di Negara Brunei Darussalam.

    Meskipun hari pertama pembukaan sempadan kurang sesak, besar kemungkinan disebabkan hari bekerja, namun aliran trafik dijangka bertambah menjelang hujung minggu nanti.

    Orang ramai perlu diingatkan untuk mempersiapkan diri dengan beberapa perkara penting yang perlu disediakan sebelum membuat perjalanan seperti memastikan sudah mendapatkan tiga atau dua dos vaksin, menyediakan salinan Kad Biru dan insurans kereta, memastikan pasport belum mansuh, mendapatkan insurans perubatan, membayar CaP dan mengisi pengisytiharan kesihatan apabila pulang.

    Pengembara juga dinasihatkan sentiasa berubaya-ubaya, berwaspada, tingkatkan keselamatan diri dan pastikan tidak lalai dan terlebih seronok semasa berada di luar negara sehingga lupa akan langkah-langkah SOP bagi mencegah jangkitan wabak.

    Sama-sama beingat

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...