Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    UBD adakan majlis tahlil di Kubah Makam Diraja

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OKT – Universiti Brunei Darussalam (UBD) sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-40, telah mengadakan Majlis Bacaan Surah Yaasin dan Tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim yang berlangsung di Makam Diraja, Jalan Tutong, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama merangkap ahli Majlis UBD, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, merangkap ahli Majlis UBD, Naib Canselor UBD, Dr Hazri bin Haji Kifle dan pegawai-pegawai utama, kakitangan, pelajar serta alumni universiti berkenaan.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan bacaan Surah Yaasin dan Tahlil yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Imam Abdul Muhaimin Dr Haji Serbini, merangkap Imam Masjid Universiti, UBD.

    Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama merangkap ahli Majlis UBD, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim juga hadir di majlis itu. – GAMBAR SERAHAN UBD

    GAMBAR-GAMBAR SERAHAN UBD
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda