Wednesday, September 18, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    UBD akan anjur TEDxUBD ke-2

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 SEPT – Universiti Brunei Darussalam (UBD) akan menganjurkan TEDxUBD 2024 yang ke-2 di Pusat Seni Pro-Canselor, UBD pada 13 September.

    Dengan tema Bersama Masa Depan: Menginspirasikan Visi Kolektif untuk Dunia Masa Depan, TEDxUBD akan menampilkan tujuh penceramah yang terdiri daripada kakitangan UBD, pelajar dan alumni serta penceramah jemputan yang mana akan menyampaikan pembentangan sesuai dengan tema.

    Setiap visi penceramah menyumbang kepada naratif kolektif mengenai inovasi dan keterangkuman untuk masa depan yang lebih baik.

    Kemasukkan untuk acara itu adalah terhad dan bagi keterangan lanjut, mereka yang berminat boleh mengikuti di laman media sosial mereka atau e-mel di tedx.oavcr@ubd.edu.bn.

    TEDxUBD dianjurkan oleh kakitangan dan pelajar UBD yang bertujuan untuk menyediakan platform bagi kakitangan dan pelajar berkongsi penyelidikan dan idea dalam suasana yang tidak formal.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda