Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    UBD anjur bengkel cipta video AI

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 SEPT – Dalam terus melangkah ke arah pengajaran dan pembelajaran yang inovatif, Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah menganjurkan bengkel transformatif bertajuk From Zero to Hero: My First AI Video Creation, baru-baru ini.

    Bengkel yang menandakan pengumpulan minda-minda akademik, dengan melibatkan lebih 80 ahli akademik secara semuka mahu pun melalui aplikasi Zoom itu telah dipimpin oleh Profesor Madya di Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (C3L), UBD, Dr Mohammad Tazli Azizan.

    Bengkel itu diadakan adalah untuk memperkasakan kakitangan akademik dengan alat dan strategi yang diperlukan bagi mentransformasikan idea video mereka menjadi realiti yang penuh menarik dan bermaklumat.

    Melalui bengkel berkenaan, para peserta juga berpeluang menyalurkan pelbagai perkongsian dan saranan dengan pelbagai alatan kecerdasan buatan (AI) untuk mengubah idea menjadi persembahan dinamik dan penyuntingan video yang dipertingkatkan bagi sentuhan profesional.

    C3L yang menganjurkan bengkel bersama dengan Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (TLC) UBD, telah menekankan komitmen universiti untuk melengkapkan ahli akademik dan para kakitangan dengan peralatan dan kemahiran terkini.

    Ia merupakan salah satu siri latihan untuk pengajaran dan pembelajaran AI di UBD.
    Di samping bengkel itu, pensyarah UBD turut menjalankan beberapa siri bengkel AI sejak dua bulan lalu, mengukuhkan lagi dedikasi universiti untuk kekal di barisan hadapan pendidikan AI dan memperkasakan komunitinya dengan kemahiran yang berharga.

    UBD telah menganjurkan bengkel transformatif bertajuk From Zero to Hero: My First AI Video Creation, baru-baru ini. – Gambar serahan UBD
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda