Sunday, March 23, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    UBD anjur Bicara Ulum Addin

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Sept – Universiti Brunei Darussalam (UBD) hari ini mengadakan Bicara Ulum Addin sempena Maal Hijrah 1439 di Dewan Canselor, UBD.

    Hadir pada acara itu ialah Naib Canselor UBD, Datin Dr. Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz. Majlis turut dihadiri oleh kakitangan dan pelajar UBD, pelajar sekolah menengah dan rendah berhampiran, pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) lain dan orang awam.

    Bicara Ulum Addin bertajuk ‘Resipi Hebat untuk Orang Hebat’ itu membicarakan tips-tips untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan dan kepentingan penghijrahan ke arah kebaikan.

    Ia disampaikan oleh penceramah undangan dari Al Minhaaj Centre, Haji Abdul Rahman bin Haji Ajak.

    Bicara Ulum Addin itu dihasratkan dapat menyemarakkan lagi Sambutan Maal Hijrah dan menyalurkan ilmu dan khidmat masyarakat daripada UBD kepada warga UBD khususnya dan orang ramai amnya.

    Tetamu kehormat semasa mendengar Bicara Ulum Addin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda