Friday, November 22, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    UBD anjur CFDRI 2019 ke-3

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OGOS – Sempena Persidangan Antarabangsa mengenai Tek-nologi Bersepadu (ICIT 2019), Universiti Brunei Darussalam (UBD) dengan kerjasama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Universiti Prince of Songkla telah menganjurkan Persidangan Antarabangsa ke-3 mengenai Dinamik Bendalir Pengiraan dalam Penyelidikan dan Industri (CFDRI) di UBD, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada acara itu ialah Penolong Naib Canselor (Inovasi dan Perusahaan) UBD, Profesor Dr Mohammad Ayub Sadiq yang turut mengucapkan tahniah kepada Fakulti Teknologi Bersepadu (FIT) UBD atas penganjuran persidangan kali pertama itu.

    Beliau dalam kenyataan itu, juga menekankan tentang perlunya kerjasama di antara rakan-rakan yang terdiri daripada institusi antarabangsa untuk menyokong acara seumpama itu.

    Pada persidangan itu, Penolong Pengarah Institut Penyelidikan Sistem Tenaga di Universiti Prince of Songkla, Penolong Profesor Dr Juntakan Taweekun turut menekankan hal yang sama mengenai keperluan kerjasama antara universiti-universiti demi kemajuan sains dan teknologi untuk persidangan akan datang.

    Sementara, Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Profesor Dr Ruzairi Abdul Rahim, berkata, persidangan tersebut akan mewujudkan kerjasama positif pada masa depan dan akhirnya merevolusikan rangkaian sekarang di antara Malaysia, Thailand dan Brunei.

    Semasa persidangan tersebut, ucaptama telah disampaikan oleh Profesor Madya Ts Dr Norasikin Mat Isa, Penolong Profesor Kanan Dr Abul Kalam Azad dan Penolong Profesor Dr Juntakan Taweekun.

    Turut hadir pada persidangan itu ialah Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pengeluaran di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Profesor Madya Dr Shahruddin Mahzan; Dekan FIT, UBD, Profesor Dr Liyanage Chandratilak De Silva; Pengarah Hubungan Global di UBD, Dr Sabrina binti Dato Paduka Haji Daud; Pengerusi CFDRI 2019, Profesor Madya Dr Bukhari Manshoor; serta wakil-wakil dari universiti berlainan, kakitangan dan pelajar UBD.

    Dalam Ranking Universiti Dunia QS baru-baru ini, UBD telah menduduki tempat ke-298 dari universiti-universiti di seluruh dunia, juga memperoleh 100 tempat teratas di Asia dan Ranking Universiti Asia QS.

    Persidangan Antarabangsa ke-3 mengenai CFDRI yang dihadiri oleh rakan-rakan UBD dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Universiti Prince of Songkla, Thailand.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda