BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JAN – Perpustakaan Universiti Brunei Darussalam (UBD) akan menganjurkan Pameran Buku 2020 dari 3 hingga 5 Februari ini di Ruang Legar, Tingkat Bawah Perpustakaan Utama, UBD.
Acara tahunan yang menjemput beberapa agensi kerajaan dan penjual buku tempatan itu bertujuan untuk mempamerkan terbitan terbaharu, termasuk bahan pendidikan yang diterbitkan dan dihasilkan di dalam dan di luar negara.
Beberapa aktiviti juga telah disusun semasa pameran buku berkenaan seperti Skim Pinjaman Pembiayaan Bersepadu (RBS), Jerayawara Melayu Islam Beraja (MIB) kuiz dan kempen menderma darah.
Pameran seumpama ini jug a diharap akan dapat me ningkatkan kesedaran mengenai bahan bacaan baharu yang boleh didapati di pasaran, di samping dapat menarik minat para pembaca untuk memiliki pelbagai jenis buku dengan tawaran harga menarik. Ia juga memberi peluang kepada para pelajar untuk membeli dan memperoleh buku yang tidak terdapat di Perpustakaan UBD.
Sepanjang acara tiga hari itu nanti, Perpustakaan UBD berharap agar dapat menarik pelajar UBD, kakitangan dan peserta lain dari institusi tinggi, sekolah menengah dan orang ramai. Ia akan dibuka dari 8 hingga 11:30 pagi dan 2:30 hingga 4:30 petang setiap hari.