Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JUN – UBD Corp Sdn Bhd baru-baru ini telah menyumbangkan barangan komputer riba, pencetak dan peralatan tulis kepada Persatuan Kanak-Kanak Cacat (KACA).
Hadir bagi menyerahkan sumbangan berkenaan pada majlis yang berlangsung di Pusat KACA, Kampung Kiulap ialah Pengurus Besar UBD Corp Sdn Bhd, Awang Mohd Iswandi bin Maaruf dan diterima oleh Pengarah Urusan KACA, Haji Awang Abdul Alim bin Haji Awang Othman.
Awang Mohd Iswandi berkata, “Sebagai sebuah syarikat yang menghargai tanggungjawab sosial korporat, kami berusaha untuk menyokong komuniti kami dalam apa jua cara yang mungkin dan kami merasakan bahawa ini adalah cara terbaik untuk memberi kembali kepada mereka yang memerlukan.
“Kami berbesar hati untuk mengambil bahagian dalam majlis penyerahan barang-barang ini kepada Pusat KACA, dan bertemu pasukan di pusat ini dan mendengar cerita mereka,” tambahnya.
