Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    UBD hos GCM BSN ke-4

    Oleh Ak Zaki Kasharan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 SEPT – Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Majlis Tadbir (GCM) Rangkaian Pengkajian Borneo (BSN) ke-4 pada 7 September lepas di mana UBD kini memegang jawatan Pengerusi dan Sekretariat rangkaian tersebut.

    Mengumpulkan naib canselor dan rektor dari universiti ahli BSN, GCM diadakan dalam mod hibrid dan dipengerusikan oleh Naib Canselor UBD, Dr Hazri bin Haji Kifle.

    GCM mengumpulkan ahli-ahli konsortium untuk mengemas kini pelbagai aktiviti berkaitan BSN, termasuk kerjasama dua hala dan pelbagai hala dalam kalangan ahli BSN dalam bidang pendidikan, penyelidikan, aktiviti mobiliti dan inisiatif serta membincangkan rancangan masa depan BSN.

    BSN ialah rangka kerja organisasi penyelidikan dan kajian berasaskan Borneo, ditubuhkan pada 2013 yang terdiri daripada 13 institusi ahli iaitu UBD, Universitas Balikpapan (UNIBA), Universitas Borneo Tarakan (UBT), Universitas Islam Kalimantan (UNISKA), Universitas Lambung Mangkurat (UNLAM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universitas Mulawarman (UNMUL), Universitas Palangkaraya (UPR), Universitas Tanjungpura (UNTAN), STAKATN, Institut Mata Enggang (MEI) dan ahli baharu BSN, Institut Teknologi Kalimantan (ITK).

    Sehingga kini, BSN telah mengadakan aktiviti termasuk Mesyuarat Jawatankuasa Ilmiah, bengkel, persidangan dan pertukaran pelajar. Kem Kepimpinan Belia Borneo baru-baru ini telah diadakan pada Julai 2023 di Universitas Mulawarman untuk mempromosikan dan menyokong pemikiran inovatif dan kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar BSN.

    Visi konsortium adalah untuk mempromosi dan membuat sumbangan tersendiri untuk pulau Borneo melalui pendidikan dan penyelidikan mengenai Kajian Borneo dengan tumpuan kepada rakyat, ekonomi dan alam sekitar. Ini dilakukan dengan memanfaatkan kepakaran dan kelebihan strategik universiti dan institusi ahli dengan kualiti dan kuantiti hasil penyelidikan yang lebih tinggi.

    Dr Hazri bergambar bersama ahli-ahli Mesyuarat Majlis Tadbir BSN ke-4 pada majlis tersebut. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda