Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    UBD juara bola sepak 9 sepasukan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 NOV – Bagi menggalakkan warga Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) bergiat aktif dalam aktiviti sukan, memupuk semangat setia kawan serta merapatkan silaturahim, Kejohanan Bola Sepak Sembilan Orang Sepasukan telah dianjurkan oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Pejabat Estet, UNISSA, kelmarin.

    Kejohanan yang berformatkan liga itu telah diadakan di Padang Bola, UNISSA, yang disertai oleh Universiti Brunei Darussalam (UBD), Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), dan UNISSA selaku tuan rumah.

    Johan disandang oleh Pasukan UBD, manakala IBTE dan UNISSA masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang ialah Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal.

    Kejohanan tersebut dihasratkan bagi mencari pemain-pemain yang berpotensi untuk mewakili UNISSA dalam sukan bola sepak antara jabatan-jabatan Kementerian Pendidikan dan institusi pengajian tinggi di Negara Brunei Darussalam.

    Haji Norarfan bergambar bersama pasukan UBD dengan trofi dan pingat yang dimenangi mereka – Gambar serahan UNISSA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...