Tuesday, February 4, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    UBD julang Piala Canselor

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 FEB – Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah dinobatkan juara dalam Kejohanan Piala Canselor 2024/2025 yang pertama antara institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) anjuran Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

    Kejohanan bola sepak tersebut berlangsung di Padang Bola Sepak, Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam, Berakas, hari ini.

    Kejohanan itu menyaksikan penyertaan dari empat institusi pengajian tinggi iaitu UBD, UNISSA, Universiti Teknologi Brunei (UTB) dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).

    Hadir selaku tetamu kehormat sekali gus menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Rektor UNISSA, Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal.

    Turut hadir, pegawai-pegawai utama UNISSA dan para jemputan daripada institusi-institusi pengajian tinggi yang lain.

    Naib juara disandang oleh UNISSA manakala UTB memperoleh tempat ketiga setelah menewaskan KUPU SB dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.

    Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan menyampaikan Piala Canselor kepada pasukan UBD selaku juara kejohanan. – GAMBAR SERAHAN UNISSA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda