Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    UBD lancar EV kampus

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JUN – Universiti Brunei Darussalam (UBD) mengorak langkah meningkatkan inisiatif kemampanan universiti berkenaan dengan mengurangkan jejak karbon serta mempromosikan penggunaan teknologi hijau menerusi pelancaran kenderaan elektrik (EV) di Dewan Canselor, UBD, hari ini.

    Hadir untuk menyempurnakan pelancaran ialah Setiausaha Tetap (Wawasan) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Pengerusi Jawatankuasa Khas Penyelerasan Kebangsaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), Pengiran Hajah Nirmala binti Pengiran Haji Mohamad.

    Dalam ucapan alu-aluannya, Naib Canselor UBD, Dr Hazri Haji Kifle berkata bahawa EV yang tiba pada awal April lalu merupakan sumbangan daripada salah seorang pelajar UBD, Chen Dingguang yang mengikuti program Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi UBD.

    Dr Hazri berkata bahawa EV berkenaan memainkan peranan penting dalam meningkatkan mobiliti dalam kampus di mana penggunaan EV itu akan memudahkan pergerakan pelajar dan kakitangan universiti antara fakulti dan dewan kuliah.

    Beliau menambah bahawa ia adalah selaras dengan Wawasan Brunei 2035 dan SDG Kebangsaan, di mana EV itu akan membantu mengurangkan jejak karbon dalam komuniti UBD dengan mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian untuk bergerak di sekitar kampus.Majlis diteruskan dengan pelancaran EV itu yang disempurnakan oleh Pengiran Hajah Nirmala dan diakhiri dengan jemputan khas menaiki EV berkenaan.

    Para jemputan menaiki EV yang dilancarkan. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.
    Pengiran Hajah Nirmala menyempurnakan pelancaran EV. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda