Tuesday, February 11, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    UBD rai graduan cemerlang dalam musabaqah Al-Quran

    Oleh Ak Zaki Kasharan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OGOS – Ke arah memastikan graduannya bukan sahaja mahir membaca Al-Quran tetapi dapat menghayati kandungannya dan menjadi graduan yang celik Al-Quran, Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah memperkenalkan Program Quranic Journey.

    Usaha itu selaras dengan matlamat UBD iaitu ke arah kesempurnaan insan, justeru dengan hasrat untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang alumni UBD, Majlis Apresiasi Pemenang Musabaqah Al-Quran telah diadakan di Masjid Universiti, UBD hari ini bagi meraikan empat pemenang atas pencapaian cemerlang mereka.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik) dan Pemangku Penolong Naib Canselor (Korporat & Pentadbiran) UBD, Profesor Madya Pengiran Dr Iskandar bin Pengiran Haji Petra.

    Acara dimulakan dengan bacaan Surah At-Takatsur oleh Dayang Fauziah Nadirah binti Pengiran Haji Jofri selaku juara musabaqah berkenaan.

    Beliau merupakan graduan Sarjana Muda Sastera dalam Sosiologi dan Antropologi pada 2018 dan menamatkan pengajian Sarjana Pengurusan pada 2021.

    Surah tersebut kemudiannya dihuraikan oleh penceramah jemputan, Haji Muskrisman Safari bin Haji Mustapa dari Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi Tadabbur Al-Quran.

    Naib juara musabaqah berkenaan ialah Dr Hajah Siti Wardah binti Mejar (B) Haji Abdul Rahman, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi pada 2007 diikuti oleh Dayangku Siti Ummi Syazana binti Pengiran Haji Marjuki di tempat ketiga, yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Kimia pada 2017 dan di tempat keempat ialah Haji Nasrul Fakhri bin Haji Yahya yang yang pengajian pada 2017 dengan Ijazah Sarjana Pendidikan.

    Acara berkenaan diharapkan dapat memberi inspirasi kepada para pelajar UBD untuk meningkatkan kecintaan dan pemahaman mereka terhadap Al-Quran, akhirnya mencapai matlamat UBD iaitu ke arah kesempurnaan insan.

    ATAS & BAWAH: Profesor Madya Pengiran Dr Iskandar semasa menyampaikan sijil penghargaan kepada alumni UBD yang berjaya dalam Musabaqah Al-Quran, baru-baru ini. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar oleh Ak Zaki Kasharan

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda