Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    UBD terima sumbangan buku

    Oleh Syahmi Hassan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OKT – Dengan tujuan memperkayakan sumber pembelajaran serta membolehkan lebih ramai pembaca Brunei memahami tentang Qatar, Kedutaan Besar Qatar di Brunei Darussalam telah menyumbangkan 150 buah buku merangkumi 31 judul kepada Perpustakaan Universiti Brunei Darussalam (UBD) hari ini.

    Buku-buku yang disumbangkan akan menyediakan akses kepada pelajar dan pengguna pilihan buku-buku Arab yang terdiri daripada sastera Islam, ekonomi dan sejarah.

    Charge d ‘Affaires ad interim Kedutaan Qatar di Brunei Darussalam, Mohammed Abdulrahman MA Al-Jufairi telah menyampaikan buku-buku tersebut kepada Naib Canselor UBD, Dr Hazri bin Haji Kifle pada satu majlis di UBD.

    UBD memiliki koleksi buku dari Bangladesh, Kanada, China, Perancis Jerman, Indonesia, Iran, Oman, Thailand dan Turkiye.

    Mohammed Abdulrahman MA Al-Jufairi menyampaikan sumbangan buku kepada Dr Hazri. – Gambar serahan UBD
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda