Tuesday, February 25, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    UBDSBE adakan pertandingan ‘Stock Pitch’

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Nov – Dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran kewangan dalam pelaburan ekuiti di kalangan pelajar Universiti Brunei Darussalam, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Brunei Darussalam (UBDSBE) dan State Street baru-baru ini telah mengadakan Pertandingan ‘Stock Pitch’ di Teater Kuliah 2 Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah di UBD.

    Pertandingan tersebut merupakan sebahagian daripada memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh UBD dan State Street pada bulan April 2016.

    Sebanyak lapan pasukan akhir dari UBDSBE daripada 20 pasukan telah menyampaikan pembentangan mereka semasa pertandingan tersebut.

    Gambar ramai peserta akhir pertandingan tersebut bersama pihak penganjur.

    Semasa pertandingan, mereka dikehendaki membentangkan slaid mengenai ringkasan saham, latar belakang syarikat, tesis pelaburan, pemangkin, penilaian dan risiko. Mereka dinilai berdasarkan kualiti analisis mereka, kekuatan tesis pelaburan dan kemahiran persembahan mereka.

    Para hakim terdiri daripada Edmund Teo dari State Street (Brunei) Sdn Bhd, Dr. Petr Polak, dan Lim Kok Shien dari UBDSBE.

    Selain mempamerkan bakat pelajar dalam membentangkan cadangan pembelian dan penjualan saham, pertandingan tersebut juga membolehkan pelajar memperoleh pengalaman berharga bersaing di hadapan panel hakim dalam persekitaran yang kompetitif.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda