Sunday, March 16, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Uber hentikan operasi di Taiwan

    TAIPEI, 2 Feb – Uber mengumumkan hari ini bahawa ia akan menghentikan operasi di Taiwan, setelah menemui jalan buntu dengan pihak berkuasa yang menganggap aplikasi menumpangkan orang awam itu sebagai haram.

    Firma AS itu telah mengumpul beberapa denda sejak ia memasuki pasaran Taiwan pada 2013 kerana menjalankan perniagaan tanpa pendaftaran sepatutnya untuk beroperasi sebagai perkhidmatan teksi.

    Penggantungan dari Taiwan tiba selepas Uber menghentikan perkhidmatan-perkhidmatannya di Hungary Julai lepas disebabkan undang-undang baru untuk menghentikan para pemandu daripada mendapat keuntungan daripada kereta mereka sendiri.

    Bulan lepas sahaja, pihak berkuasa Taiwan memberikan denda paling maksimum kepada pemandu-pemandu Uber sehingga Tw$25 juta (AS$803,639), paling tinggi di dunia.

    Kementerian Pengangkutan hari ini berkata bahawa ia bersedia untuk mendenda firma itu Tw$230 juta dalam penalti dan akan mengeluarkan arahan untuk menghentikan operasi-operasi.

    Uber akan menghentikan perkhidmatannya di Taiwan bermula 10 Februari depan. - AFP
    Uber akan menghentikan perkhidmatannya di Taiwan bermula 10 Februari depan. – AFP

    Perintah itu akan dilaksanakan oleh pejabat perniagaan Taipei, seorang pegawai di kementerian pengangkutan memberitahu AFP.

    Berikutan perintah itu, Uber menjelaskan dalam satu keterangan dalam laman sesawangnya ia akan menghentikan perkhidmatannya di pulau itu bermula 10 Februari.

    “Dalam berdepan kebuntuan ini, kami perlu mencipta satu laluan baru ke depan,” menurut syarikat itu.

    “Kami berharap desakan perhentian mengejut ini akan menetapkan semula perbualan dan mengaspirasikan Presiden Tsai untuk mengambil tindakan,” tambahnya.

    Uber sebelum ini pada November memberi amaran kepada Presiden Tsai Ing-wen dalam satu surat terbuka bahawa sebarang tindakan dikenakan terhadap firma itu akan berupaya mengusir pelabur asing.

    Pentadbiran Tsai sedang mendorong Taiwan untuk memupuk pelan “Lembah Silikon Asia” untuk membantu memacu ekonomi dengan menggalakkan dan memupuk teknologi baru. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda