Saturday, September 23, 2023
30 C
Brunei

    -

    Uber perkenal Boda Elektrik di Kenya

    NAIROBI, 1 SEPT – Uber telah mengumumkan pelancaran perkhidmatan teksi motosikal elektrik di ibu negara Kenya, Nairobi, dalam apa yang dikatakan sebagai inisiatif pertama di Afrika bagi syarikat itu.

    Langkah perkhidmatan teksi berasaskan aplikasi AS itu dibuat ketika kerajaan Kenya bersiap sedia untuk melancarkan kenderaan elektrik di seluruh negara sebagai sebahagian daripada skim mobiliti hijau.

    Uber mengumumkan pengenalan Boda Elektrik di Kenya kelmarin, dengan kira-kira 3,000 motosikal dirancang pada mulanya, mengatakan ia akan mengurangkan kos perjalanan untuk pemandu sebanyak 30 ke 35 peratus dan mengurangkan tambang sebanyak kira-kira 15 ke 20 peratus.

    Kenderaan itu adalah motosikal dua roda dengan tempat duduk untuk pemandu dan penumpang, bukannya enjin berkuasa petrol tetapi digerakkan oleh enjin elektrik yang dibekalkan oleh bateri.

    “Pelancaran ini juga menyokong usaha global kami untuk menjadi platform sifar pelepasan menjelang 2040,” kata Frans Hiemstra, Pengurus Besar serantau Uber untuk Timur Tengah dan Afrika, dalam satu kenyataan.

    Menurut Bank Dunia, sektor boda boda (teksi motosikal) di Kenya memberi pekerjaan kepada lebih daripada 1.5 juta orang muda dan menyumbang kira-kira AS$1.4 bilion kepada ekonomi setiap tahun, menurut kenyataan Uber.

    Kerajaan Kenya berkata ia menyasarkan lima peratus daripada semua kenderaan berdaftar di negara Afrika Timur itu akan menggunakan tenaga elektrik menjelang 2030. – AFP

    Motosikal elektrik dilihat semasa pelancaran stesen servis elektrik pertama di Afrika untuk motosikal elektrik, hab Roam di Nairobi. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...