Friday, November 15, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Uber tawar pekerjaan kepada belia Perancis

    UBER semakin menarik perhatian pemandu-pemandu muda dengan peluang pekerjaan yang ditawarkannya. Walau bagaimanapun, ia dipandang hina oleh ahli politik Perancis yang mengatakan Uber merupakan simbol ekonomi yang tidak stabil, yang semakin memenuhi pinggir bandar Paris. Pada petang yang sejuk baru-baru ini, banyak pemuda beratur di hadapan pintu pusat pemandu Uber di pinggir bandar Aubervilliers, Timur Laut Paris.

    Menurut Uber, kira-kira 800 orang mengunjungi pusat tersebut dalam sehari untuk mengetahui cara untuk menjadi pemandu Uber dalam satu daripada pasaran terbesar itu. Dengan jumlah pengangguran mencecah 25 peratus di Aubervilliers, Uber dan aplikasi perkhidmatan pemanduan lain menawarkan peluang pekerjaan kepada pemandu yang sanggup bekerja 10 ke 15 jam sehari. Walau bagaimanapun, peluang pekerjaan ini jarang diberikan.

    “Kebanyakan kawan-kawan saya tidak mempunyai ijazah. Mereka tidak mempunyai apa-apa. Di sini, mereka tidak meminta apa-apa. Kami hanya perlu menunjukkan rekod jenayah dan kad pengenalan kami,” kata Riyad Boumendjel, pemandu yang berumur 23 tahun dengan gaya rambut seperti pemain bola.

    Boumendjel menghantar makanan bagi UberEats, servis penghantaran makanan Uber. Seperti kebanyakan pemuda-pemuda pinggir bandar yang mempunyai nama pendatang, dia sering menghadapi diskriminasi apabila membuat permohonan kerja biasa. Dia dapat mengelakkan diskriminasi dengan bekerja sendiri, walaupun dia terpaksa bekerja lebih masa untuk mendapatkan lebih banyak pendapatan – ini merupakan punca berlakunya protes dan sekatan jalan dalam kalangan pemandu Uber pada disember lepas.

    Jalan keluar dari kehidupan ‘jalanan’

    Yanis, 25 tahun yang merupakan bapa kepada dua orang anak, juga berterima kasih kepada Uber, dia kini melakukan pekerjaan yang sah di sisi undang-undang. Yanis bekerja untuk satu daripada beribu-ribu syarikat yang memberikan servis pemandu peribadi untuk Uber dan syarikat pesaing lain contohnya Chauffeur Prive dan SnapCar di pinggir bandar Paris.

    Menurut Uber, kira-kira 800 orang mengunjungi pusat itu dalam sehari untuk mengetahui bagaimana menjadi pemandu Uber dalam satu daripada pasaran terbesar itu. – AFP
    Menurut Uber, kira-kira 800 orang mengunjungi pusat itu dalam sehari untuk mengetahui bagaimana menjadi pemandu Uber dalam satu daripada pasaran terbesar itu. – AFP
    Dengan jumlah pengangguran mencecah 25 peratus di Aubervilliers, Uber dan aplikasi perkhidmatan pemanduan lain menawarkan peluang pekerjaan kepada pemandu yang sanggup bekerja selama 10 hingga 15 jam sehari. – AFP
    Dengan jumlah pengangguran mencecah 25 peratus di Aubervilliers, Uber dan aplikasi perkhidmatan pemanduan lain menawarkan peluang pekerjaan kepada pemandu yang sanggup bekerja selama 10 hingga 15 jam sehari. – AFP

    Enam bulan pertama bekerja, dia menghabiskan 20 jam sehari di jalan dan hanya mendapat 1,500 euro sebulan (AS$1,600), hampir menyamai gaji minima. Sejak itu, dia telah bertukar kepada pemandu syarikat limousin dan dia sekarang lebih gembira. “Jika saya berjumpa dengan ketua Uber, saya akan berterima kasih kepadanya. Disebabkan dia lah saya tidak lagi hidup di jalanan,” katanya yang meminta agar nama penuhnya tidak dinyatakan kerana takut menjadi bahan pengkritik Uber.

    Menurut kaji selidik yang dijalankan oleh Uber tahun lepas, dari 1,500 orang pemandu, 25 peratus menganggur sebelum menjadi pemandu Uber dan 41 peratus tidak mempunyai kelulusan diploma sekolah tinggi.

    Walau bagaimanapun, tidak semua pemandu berpuas hati dengan Uber disebabkan oleh polisi dan syarat pembayarannya. Devrim Omurca, pemandu bekerja sendiri Uber yang mendapat 5 bintang mengatakan dia terpaksa bekerja tujuh hari seminggu untuk membayar bil setelah dikenakan potongan sebanyak 25 peratus daripada Uber.

    “Kami mesti bekerja sekurang-kurangnya 65 jam. Ia agak melampau. Saya tidak dapat meluangkan banyak masa dengan keluarga saya dan ia menjejaskan kesihatan saya,” kata Omurca yang berumur 40 tahun dan sedang menanti cahaya mata kedua itu.

    Perancis berbelah bagi dengan Uber

    Perancis berbelah bagi dengan Uber sejak ekonomi AS melonjak naik beberapa tahun lalu yang memberikan masalah kepada industri teksi. Pada tahun 2014, parlimen Perancis mengharamkan servis UberPop yang menggunakan pemandu yang tidak professional.

    Pihak berkuasa Perancis juga telah mengambil tindakan ke atas Uber yang tidak menganggap pemandu-pemandu-nya sebagai pekerja yang mempunyai kontrak sebaliknya sebagai “rakan kongsi” dan dengan cara itu mengelak undang-undang buruh Perancis yang ketat. Meskipun begitu, penduduk Perancis telah tertarik kepada Uber kerana harganya yang berpatutan, senang digunakan dan pemandunya yang berbudi bahasa.

    Pengusaha-pengusaha di timur laut Paris telah berlumba-lumba untuk mengikut trend ini, dengan 2,003 syarikat telah ditubuhkan untuk memberi pelbagai perkhidmatan kepada Uber dan pesaingnya pada tahun 2015 – perkhidmatan yang ditawarkan termasuk pajak kereta, insurans kereta dan akademi latihan pemandu. Namun permohonan yang terlampau banyak dari pemandu-pemandu menjadikannya sukar untuk mereka mendapat gaji yang baik.

    Pada bulan disember lepas, pemandu-pemandu menyekat jalan-jalan sekitar Paris selama seminggu untuk memprotes dan membuat aduan berkenaan Uber yang terlalu memerah tenaga mereka. Thibau Simphal, Pengurus Uber untuk serantau Eropah barat mengatakan syarikat itu sedang cuba untuk memperbaiki keadaan dan menolong pemandu-pemandu untuk mengoptimumkan perniagaan mereka. “Ia bukan satu-satunya sektor di mana pekerja persendirian bekerja lebih masa untuk pendapatan yang rendah. Ia juga lebih baik daripada menganggur,” tambahnya lagi.

    Fathi Tlili, ahli majlis Aubervilliers yang bertanggungjawab ke atas perusahaan tempatan mengakui yang Uber memberikan pekerjaan dan maruah kepada belia tempatan, namun dia juga meminta agar Uber memberikan lebih sokongan kepada pemandu-pemandunya. “Ia perlulah memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda