Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Uber, Waymo bekerjasama cipta trak tanpa pemandu

    SAN FRANCISCO, 8 JUN – Uber dan syarikat kenderaan milik Google, Waymo kelmarin berkata, mereka akan berkerjasama bagi menghasilkan trak tanpa pemandu yang mampu mengangkut kargo di jalan raya di seluruh Amerika Syarikat.

    Disebabkan jarak perjalanan yang jauh antara bandar-bandar di AS dan pengangkutan trak dilihat sebagai kunci bagi menjalankan ekonomi, syarikat-syarikat melihat kemudahan pandu sendiri adalah sebagai cara bagi mengurangkan kos dan mengurangkan risiko.

    Waymo juga akan membenarkan teknologinya untuk diterapkan dengan platform Uber Freight yang menghubungkan pemandu lori dengan muatan, sama seperti bagaimana Uber membolehkan pelanggan mereka untuk mencari pemandu dengan hanya menggunakan telefon pintar.

    “Rangkaian penghantar, pembawa dan teknologi pasaran Uber Freight adalah rakan kongsi yang sesuai untuk pemandu Waymo,” kata ketua komersil Waymo untuk trak Charlie Jatt dalam satu kenyataan.

    Syarikat pengangkutan yang membeli trak yang dilengkapi dengan sistem Waymo akan dapat memilih bagi menggunakan kenderaan itu sebagai aset autonomi pada rangkaian Uber Freight, menurut syarikat itu.

    Firma itu juga akan meneroka bersama potensi bagi mewujudkan hab di mana kargo mudah diserahkan daripada trak pandu sendiri kepada pemandu lori manusia.

    Sebelum trak tanpa pemandu dibenarkan untuk dipandu di jalan raya, pelbagai ujian mesti dijalankan bagi memastikan ia selamat untuk digunakan.

    Menurut Waymo, mereka telah menjalankan beberapa ujian trak pandu sendiri di beberapa buah negeri di AS.- AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...