Thursday, July 17, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ucapan Daulat Tuanku dari MPK RPN Panchor

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JULAI – Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung (MPK) Berserumpun Kawasan 4 Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Panchor, Mukim Mentiri menjunjung setinggi-tinggi kasih serta menzahirkan ucapan Daulat Kebawah Duli Tuan Patik sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-79 tahun.

    Mereka dengan penuh ikhlas dan rasa syukur ke hadrat Allah SWT mendoakan agar Baginda Sultan sentiasa dikurniakan kesihatan yang sempurna, umur yang panjang, serta kepimpinan yang sentiasa diberkati dengan petunjuk dan hidayah daripada Allah SWT.

    Segala jasa dan titah Baginda dalam memelihara keharmonian serta kemajuan rakyat dan negara terus disanjung dan dijunjung tinggi oleh segenap lapisan masyarakat.

    Ahli-ahli MPK Berserumpun Kawasan 4 turut menzahirkan komitmen untuk sentiasa mendukung segala dasar dan aspirasi kerajaan Baginda, termasuk memperkukuhkan hubungan silaturahim dalam komuniti, mempergiatkan aktiviti kemasyarakatan, serta menyokong inisiatif yang menjurus kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan yang seimbang.

    Ucapan menjunjung kasih dan taat setia ini turut disertai dengan sokongan tidak berbelah bahagi daripada Pemangku Penghulu Mukim Mentiri, Awang Faidil Rosemady bin Mohamad yang memainkan peranan aktif dalam menyelaraskan dan memperkukuhkan pelaksanaan program dan inisiatif yang berteraskan Falsafah Melayu Islam Beraja (MIB) seperti yang sentiasa dititahkan oleh Baginda Sultan.

    “Sebagai penduduk yang hidup aman makmur di bawah naungan dan lindungan pemerintahan Baginda, kami sentiasa menjunjung tinggi nilai ketaatan, kesyukuran dan kebersamaan. Semangat perpaduan dan kerjasama akar umbi akan terus di perkasa bagi memastikan kemajuan dan keharmonian terus dinikmati oleh generasi masa kini dan akan datang,” ujar beliau

    Sehubungan itu, ahli-ahli jawatankuasa dan seluruh penduduk Kampung RPN Panchor menegaskan tekad untuk terus menjadi rakyat yang berbakti dan bertanggungjawab, sejajar dengan harapan dan amanah yang sering ditekankan oleh Baginda Sultan dalam titah-titah Baginda kepada rakyat.

     

    Gambar ramai MPK Berserumpun Kawasan 4, RPN Kampung Panchor, Mukim Mentiri.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda