Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ucapan Leeteuk Super Junior buat peminat marah

    Niat baik ketua kumpulan Super Junior iaitu Leeteuk meminta orang ramai terus memberi sokongan kepada rakannya, Kang In menimbulkan kemarahan ramai.

    Menerusi perkongsian mStar, ramai merasakan Leeteuk tidak sepatutnya menyebut nama Kang In dalam ucapannya kerana bekas anggota Super Junior itu pernah terbabit dalam kes jenayah sebelum ini.

    Leeteuk semasa memberi ucapan ketika majlis perkahwinan Ryeo Wook turut memberitahu Kang In perlukan sokongan kerana sedang berdepan kesukaran.

    “Kang In telah melalui fasa untuk diri sendiri lebih lama berbanding ketika dia berada di puncak kejayaan.

    “Teruskan beri sokongan terhadapnya agar dia boleh meneruskan hidup,” ucapnya.

    Peminat menganggap Kang In tidak perlu diberi peluang kedua memandangkan kesalahan dilakukan sebelum ini turut memberi kesan kepada orang lain.

    Malah ramai mencadangkan Kang In terus meninggalkan bidang seni dan melakukan pekerjaan lain untuk meneruskan kehidupan. – Agensi

    Leeteuk (kiri) cuba meminta sokongan ramai terhadap Kang In. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda