BANDAR SERI BEGAWAN, 10 APRIL – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak lsteri Pengiran Anak Hajah Zariah berkenan menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua rakan dan orang ramai yang menghantarkan ucapan sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia serta kerabat berharap semuanya berada dalam keadaan sihat, bahagia dan menyambut hari raya dengan penuh kemeriahan.


