Friday, September 20, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ucapan ‘sayang’ Eun Woo cairkan peminat

    Sekali lafaz ‘sayang’ mencairkan lebih 4,000 peminat pada Konsert Just One 10 Minute Mystery Elevator yang menampilkan pelakon dan penyanyi Korea Selatan, Cha Eun Woo di Stadium Malawati Shah Alam, Sabtu lalu.

    Tidak cukup itu, gurauan ‘jom kahwin’ dilaungkan jejaka itu menggamatkan suasana, sekali gus menjadi pertemuan kedua Eun Woo bersama peminat tempatan, meriah.

    Lebih mengujakan, rata-rata peminat pelakon drama True Beauty itu hadir mengikut tema warna, iaitu ungu.

    Menunggu pintu stadium dibuka seawal jam 12 tengah hari, ada peminat dilihat membawa khemah untuk berehat sebelum dibenarkan masuk.

    Justeru, tidak hairan peminat menjerit kegembiraan apabila Eun Woo memanggil peminat dengan istilah ‘sayang’, lapor BH Online.

    Eun Woo juga berkongsi hasrat mahu melawat Kota Kinabalu, Sabah kepada peminat. – Agensi

    Memulakan konsert tepat jam 8 malam, Eun Woo membuka tirai dengan menyanyikan lagu popular antaranya 10 Minutes dan Stay.

    Usai segmen itu, Eun Woo terus berkomunikasi dengan peminat dengan menjawab soalan dikemukakan kepadanya.

    Antara lain, Eun Woo ditanya mengenai rutin sebelum tidur.

    “Sebelum saya pergi tidur, saya fikir mengenai awda dan pada waktu pagi, saya tutup jam dan fikirkan mengenai awda juga,” katanya sambil disambut jeritan peminat.

    Eun Woo juga berkongsi hasrat mahu melawat Kota Kinabalu, Sabah kepada peminat yang menggelarkan diri mereka, Aroha. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda