Sunday, February 23, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Udara Delhi tercemar

    NEW DELHI, 7 Nov – New Delhi diselubungi jerebu hari ini apabila kualiti udara di bandar ibu negara paling tercemar di dunia itu mencecah paras berbahaya.

    Laman sesawang kedutaan AS berkata paras jerebu yang dikenali sebagai PM2.5 yang boleh membahayakan kesihatan mencecah paras 703 – lebih dua kali ganda daripada had maksimum 300 yang diklasifikasikan oleh pihak berkuasa sebagai berbahaya.

    “Saat saya melangkah keluar dari rumah saya, saya mula batuk dan mata pedih,” kata Naresh Yadav, seorang pekerja bank, ketika beliau berjalan ke tempat kerja di tengah Delhi.

     

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    http://digital.mediapermata.com.bn

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda