Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Ueda dilantik gabenor baharu bank pusat Jepun

    TOKYO, 10 MAC – Parlimen Jepun hari ini meluluskan Profesor Ekonomi, Kazuo Ueda sebagai Gabenor baharu Bank Pusat, selepas pelonggaran mata wang sedekad dilaksanakan oleh Ketua Haruhiko Kuroda.

    Penggubal undang-undang parlimen meluluskan pencalonan Ueda sehari selepas rakan sejawatan mereka di parlimen, membuka laluan kepada ketua berusia 71 tahun itu untuk mengambil alih pada bulan depan.

    Tindakan itu diambil sejurus sebelum Bank Jepun mengakhiri mesyuarat dasar dua hari yang merupakan mesyuarat terakhir untuk Kuroda, dengan pelabur memantau ketat sama ada terdapatnya kejutan akhir.

    Kebanyakan pemerhati menjangka bank akan mengekalkan dasarnya, tetapi timbulnya spekulasi mengenai perubahan mengejutkan, termasuk pertambahan julat di mana kadar untuk bon kerajaan 10 tahun dijangka turun naik.

    Dalam beberapa bulan kebelaka-ngan ini, BoJ telah mengelak memperketat dasar, walaupun rakan di ekonomi maju yang lain telah menaikkan kadar untuk memerangi inflasi.

    Kuroda menegaskan matlamat bank untuk mengekalkan inflasi pada dua peratus dianggap perlu untuk mempercepat pemulihan ekonomi ketiga terbesar dunia masih belum dicapai.

    Inflasi mencecah 4.2 peratus pada Januari, didorong oleh faktor termasuk kos bahan api lebih tinggi, tetapi Kuroda berkata kenaikan harga adalah berpunca daripada faktor sementara seperti peperangan di Ukraine.

    Beliau mahu melihat bukti kenaikan yang lebih mampan, termasuk kenaikan gaji, sebelum menyelaraskan dasar bank. – AFP

    Gambar fail bertarikh 24 Februari 2023 menunjukkan Kazuo Ueda, calon gabenor Bank Jepun, bercakap di parlimen di Tokyo. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...