Sunday, March 16, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    UEFA bantu ahli kesatuan atasi wabak COVID-19

    LAUSANNE, 28 APRIL – UEFA berkata kelmarin ia telah memperuntukkan 236.5 juta euro kepada 55 ahli kesatuannya untuk membantu mengatasi impak kewangan yang disebabkan oleh pandemik koronavirus.

    Setiap negara kesatuan akan menerima 4.3 juta euro yang boleh digunakan terhadap ‘keutamaan mereka memandangkan kesan negatif koronavirus melanda semua peringkat bola sepak,” kenyataan dari badan tersebut. Dana dari program bantuan HatTrick UEFA yang ditubuhkan pada 2004 untuk menyokong projek pembangunan untuk setiap ahli kesatuan. Program akan mengagihkan 2.6 bilion euro pada 2024, kata UEFA.

    “Sukan kita menghadapi cabaran yang tidak pernah berlaku disebabkan krisis COVID-19. UEFA mahu membantu ahli-ahlinya untuk respon dalam cara yang sepatutnya untuk keadaan khusus mereka,” kata presiden UEFA Aleksander Ceferin.

    “Oleh sebab itu, kami bersetuju memberikan 4.3 juta euro kepada setiap kesatuan, dibayar pada baki musim ini dan seterusnya, dan sebahagian dari dana pelaburan, boleh digunakan oleh ahli kami untuk membangunkan komuniti bola sepak.”

    Minggu lalu badan pengurusan bola sepak Eropah mengeluarkan hampir 70 juta euro dalam pembayaran faedah kepada kelab yang bergelut dari segi ekonomi semasa krisis kesihatan.

    Wang itu pada asalnya diperuntukan untuk membayar kelab-kelab yang melepaskan pemain untuk perlawanan antarabangsa setelah tamat play-off kelayakan kejuaraan Eropah.

    Badan pengurusan global FIFA mengumumkan Jumaat lalu ia akan mengeluarkan AS$150 juta kepada 211 ahli persatuannya ‘sebagai langkah pertama pelan bantuan’.

    Dana tersebut dihasilkan dari program Foward 2.0, yang dilancarkan pada 2016 dan akan memberikan sejumlah AS$1.746 bilion. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda