Saturday, March 15, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    UEFA siasat isu kekacauan Liga Juara-Juara

    LAUSANNE, 31 MEI – UEFA mengumumkan kelmarin bahawa mereka akan menerima sebarang laporan bebas mengenai insiden kekacauan keselamatan yang berlaku sebelum perlawanan akhir Liga Juara-Juara antara Liverpool dan Real Madrid di Stade de France di Paris Sabtu lalu.

    Badan induk bola sepak Eropah itu berkata, laporan itu akan diteliti dalam mesyuarat pembuat keputusan, tanggungjawab dan tingkah laku semua pihak yang terlibat dalam perlawanan akhir tersebut.

    UEFA telah melantik ahli politik Portugal, Tiago Brandao Rodrigues untuk mengawasi laporan itu secara ‘pro bono’ yang mana mereka sendiri akan memutuskan tindakannya untuk kesejahteraan awam.

    “Bukti akan dikumpulkan daripada semua pihak yang berkaitan dan penemuan dari laporan bebas itu akan didedahkan kepada umum nanti,” kata UEFA.

    Brandao Rodrigues telah berkhidmat sebagai Menteri Pendidikan Portugis dan merupakan ahli Agensi Anti-doping Dunia serta merupakan atase Olimpik Portugal semasa Sukan Olimpik 2012 di London.

    Perancis kelmarin turut menyalahkan sindiket penipuan tiket secara besar-besaran yang mencetuskan adegan huru-hara dan menjejaskan final Liga Juara-Juara pada Sabtu lalu yang menyaksikan Real Madrid menewaskan Liverpool 1-0. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda