Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    UEFA singkir Juventus daripada pertandingan Eropah

    GENEVA, 30 JULAI – UEFA telah membuat keputusan pada Jumaat lalu untuk menyingkirkan Juventus dalam mengikuti pertandingan Eropah musim depan berhubung pelanggaran peraturan kewangan.

    Penyingkiran Juventus daripada Liga Persidangan Europa divisyen ketiga dijangka kerana kes perakaunan palsu yang sudah menyaksikan juara Eropah dua kali itu dipotong 10 mata dalam Serie A. Penalti itu menjatuhkan Juventus daripada tempat kelayakan Liga Juara-Juara.

    Tempat Juventus dalam Liga Persidangan Europa kini disandang Fiorentina dalam pusingan playoff bermula pada 24 Ogos.

    UEFA berkata bahawa Juventus juga mesti membayar denda 10 juta euro (AS$11 juta) kerana melanggar peraturan Financial Fair Play (FFP). Tambahan 10 juta euro boleh ditolak jika kelab gagal mematuhi peraturan pemantauan kewangan UEFA pada musim akan datang.

    Juventus kesal dengan keputusan itu tetapi berkata ia tidak akan membuat rayuan.

    “Kami kesal dengan keputusan Badan Kawalan Kewangan Kelab UEFA,” kata presiden Juventus Gianluca Ferrero dalam satu kenyataan di laman web kelab. “Kami tidak berkongsi tafsiran yang telah diberikan mengenai pertahanan kami dan kami tetap yakin dengan kesahihan tindakan kami dan kesahihan hujah kami.

    “Bagaimanapun, kami telah memutuskan untuk tidak merayu penghakiman ini. Walaupun keputusan yang menyakitkan ini, kami kini boleh menghadapi musim baharu dengan memberi tumpuan kepada padang dan bukan di mahkamah,” jelas presiden itu. – AP

    UEFA telah membuat keputusan untuk menyingkirkan Juventus dalam mengikuti pertandingan Eropah musim depan berhubung pelanggaran peraturan kewangan. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda