Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Uganda lancar kempen vaksinasi demam kuning

    KAMPALA, 29 MEI – Uganda telah melancarkan kempen vaksinasi demam kuning di seluruh negara untuk membantu melindungi penduduknya daripada penyakit bawaan nyamuk yang telah lama menimbulkan ancaman di negara itu.

    Menjelang akhir April, pihak berkuasa Uganda telah memberikan vaksin kepada 12.2 juta daripada 14 juta orang yang disasarkan, kata Dr Michael Baganizi, seorang pegawai yang bertanggungjawab terhadap imunisasi di Kementerian Kesihatan.

    Uganda kini mewajibkan semua orang yang melakukan perjalanan ulang alik dari negara itu untuk memiliki kad vaksinasi demam kuning sebagai peraturan kesihatan antarabangsa, kata Baganizi.

    Pihak berkuasa Uganda berharap keperluan itu akan mendorong lebih ramai orang untuk mendapatkan suntikan demam kuning di tengah-tengah keraguan penduduk umum terhadap vaksin yang telah menimbulkan kebimbangan penyedia penjagaan kesihatan di negara Afrika Timur itu.

    Vaksin yang diberikan dalam satu dos ditawarkan secara percuma kepada penduduk Uganda yang berusia antara 1 hingga 60 tahun. Pusat vaksinasi di ibu negara, Kampala, dan tempat lain termasuk sekolah, universiti, hospital dan unit kerajaan tempatan.

    Sebelum ini, penduduk Uganda biasanya membayar untuk mendapatkan suntikan demam kuning di klinik swasta, bersamaan AS$27.

    Uganda, dengan 45 juta penduduk, adalah salah satu daripada 27 negara di benua Afrika yang diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi untuk wabak demam kuning. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kira-kira 200,000 kes dan 30,000 kematian dicatat di seluruh dunia setiap tahun akibat penyakit itu.

    Wabak terbaharu Uganda dilaporkan awal tahun ini di daerah tengah Buikwe dan Buvuma. – AP

    Seorang jururawat bersiap sedia untuk memberikan vaksin demam kuning di Pusat Kesihatan Kiswa III di Kampala, Uganda pada 2 April. – AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda