Monday, July 14, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ugutan kahwin tiga bawa padah

    10 tahunRIYADH, 11 April 2007 – Seorang lelaki Arab Saudi telah kehilangan secebis hidungnya setelah isteri pertama dan isteri keduanya berpakat menyerangnya selepas dia bergurau dengan mengugut kedua-dua isterinya itu bahawa dia mahu berkahwin seorang lagi.

    Judaie Ibn Salem menyangka ugutannya itu dapat menyelesaikan masalah kedua-dua isterinya yang sering bertengkar mengenai pembahagian ruang rumah.

    “Saya berkata akan kahwin lagi kerana mereka kurang sopan dan ketika itulah mereka berpakat menyerang saya,” kata Judaie kepada akhbar Shams selepas hidungnya menerima tujuh jahitan.

    “Saya tidak menyangka mereka boleh berpakat. Tapi satu-satunya cara mengembalikan maruah saya adalah benar-benar kahwin tiga.

    “Saya tidak tahu apa lagi yang saya akan hilang jika saya benar-benar beristeri tiga.”

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda