Thursday, December 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Uighur bergelut dengan tarikan extremisme

    BEIJING, 29 Dis – Iminjin Qari merasa optimis ketika memandu menuju lapangan terbang Istanbul bersama tiga buah bas yang kosong dan tugas mudah: mengambil kira-kira 200 orang kaumnya iaitu etnik Uighur yang melarikan diri dari China untuk mendapatkan suaka di Turki dan mengiringi mereka ke tempat selamat.

    Tetapi 20 orang etnik Uighur yang berbadan sasa iaitu mereka yang merekrut orang bagi kumpulan militan telah berada di situ, menyambut ketibaan orang pelarian ketika mereka mulai tiba. “Ikut kami sahaja,” kata mereka. “Semuanya telah diatur, tempat tinggal, wang dan segala-galanya.”

    Hati Qari sedih apabila dia melihat ketibaan baru itu, yang mana lelaki, wanita dan kanak-kanak mengikut para perekrut itu ke arah kenikmatan yang mereka janjikan, iaitu Syria.

    Ketika etnik Uighur melarikan diri dari tindakan keselamatan China dengan bilangan ramai, mereka kerap akhirnya terperangkap dalam pertikaian antara anggota militan Uighur dari kumpulan Islam yang berpangkalan di Syria dan pemimpin sederhana Uighur yang merayu supaya menolak seruan jihad.

    Gambar fail 8 Ogos 2017 menunjukkan lelaki Muslim Uighur di Kayseri, Turki berdiri di depan peta ditanda dengan warna biru yang mereka dakwa sebagai Turkistan Timur. – AP

    Temu bual Associated Press membutirkan pertelagahan harian beberapa aktivis Uighur berjuang menentang sikap pelampau orang mereka, anggota etnik minoriti Islam yang tinggal di Barat China di bawah pengawasan ketat dan terus menerus bimbang akan ditangkap.

    Perang di Syria menjerumuskan etnik minoriti ini dari China ke dalam pergerakan jihad sejagat. Beberapa ribu orang lelaki, wanita dan kanak-kanak Uighur dianggarkan menyeberangi sempadan dari Turki untuk menyertai Parti Islam Turkistan (TIP), sebuah militia etnik Uighur yang bersekutu dengan al-Qaeda di barisan hadapan pertempuran.

    “Kami tewas dalam perjuangan pembasmian keradikalan,” kata Seyit Tumturk, seorang aktivis sederhana Uighur berkata dalam temu bual baru-baru ini di Kayseri. “Mengapa? Kerana kami tidak dapat meyakinkan orang kami bahawa harapan dan hak asasi kemanusiaan wujud di dunia ini.”

    Dalam pada Qari melihat perekrut jihad membawa pergi orang Uighurs dari lapangan terbang pada tahun 2015, TIP mengumumkan siri-siri serangan berani mati di Syria. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda