Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Uji bakat pelakon Fatihah 2

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JAN – Kementerian Hal Ehwal Ugama menerusi Bahagian Perhubungan Awam dan Unit Program Ta’zeez Al-Lughah Al-‘Arabiah Bil Madaris Al-‘Arabiah (Unit Program Pemerkasaan Bahasa Arab di Sekolah-sekolah Arab) akan mengadakan uji bakat terbuka untuk mencari pelakon bagi drama televisyen berbahasa Arab bertajuk Fatihah 2 yang akan ditayangkan di saluran-saluran Radio Televisyen Brunei.

    Kriteria-kriteria pemilihan pelakon ialah lelaki dan perempuan berumur antara 18 hingga 25 tahun, mampu dan berkebolehan bertutur dalam Bahasa Arab dan berperwatakan menarik.

    Mereka yang berminat bolehlah mendaftar melalui pautan www.tiny.cc/fatihah2 tidak lewat 15 Januari ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda