Tuesday, March 18, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Uji kehebatan BMW dalam XDrive Xperience

    Oleh Syahmi Hassan

    Gambar oleh Bahyiah Bakir

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OGOS – Buat kali pertamanya, QAF Auto menawarkan pelanggan sedia ada dan berpotensi untuk menyertai BMW XDrive Xperience 2019 bermula hari ini hingga 4 Ogos.

    Majlis pembukaan acara tiga hari itu anjuran pengimport dan pengedar tunggal kenderaan BMW di Negara Brunei Darussalam berkenaan dirasmikan oleh tetamu kehormat, Timbalan Ketua Misi Republik Persekutuan Jerman, Thomas Heilmaier.

    QAF Auto akan mengadakan acara selama tiga hari itu untuk lebih kurang 160 peserta, di mana mereka akan mengalami sendiri keupayaan model BMW X yang luas.

    Di bawah bimbingan Instruktor Lanjutan, Intensif dan Motorrad yang diperakui oleh Akademi Pengalaman Pemanduan dan Akademi Instruktur Antarabangsa BMW, Wong Kah Keen, para peserta akan mempelajari segala-galanya mengenai BMW xDrive iaitu sistem pemanduan semua roda BMW pada BMW Sports Activity Vehicle atau Sports Activity Coupes.

    “Ia akan menjadi hari yang menarik untuk semua peserta yang terlibat dalam membawa BMW xDrive Xperience ke Brunei,” kata Pengurus Besar QAF Auto, Sivakumar Krishnan.

    “Minat kami adalah memberi pelanggan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Kami menerima sambutan menggalakkan daripada para pelanggan dan orang ramai mengenai acara BMW yang diadakan di Jerudong Park tahun lepas,” kongsinya.

    “Kami juga menerima anugerah dari BMW Group Asia bagi pengalaman jenama BMW terbaik selepas itu. Kami berharap acara ini akan memberikan para pelanggan kami pengalaman ‘Xtreme’ yang sepatutnya,” tambah Sivakumar lagi.

    Salah satu acara pengalaman pemanduan BMW yang diadakan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda