SKOPJE, 8 Ogos – Jose Mourinho menikmati peluang bagi pasukan kendaliannya, Manchester United untuk menguji diri mereka menentang sekali lagi kuasa Eropah ketika mereka menghadapi Real Madrid dalam Piala Super UEFA di Skopje hari ini.
United melalui musim pertama yang hambar di bawah pengurus dari Portugese ketika mereka menamatkan tangga keenam dalam Liga Perdana, tetapi memenangi Liga Europa yang membolehkan mereka menamatkan di kedudukan tinggi dan menyelamatkan aksi kembali mereka ke Liga Juara-Juara.
Kejayaan itu juga membawa mereka ke sini, ke ibu negara Macedonia yang pada masa ini berada pada suhu 40 darjah dan lebih, ketika mereka bertemu juara bertahan Eropah dua kali kendalian Zinedine Zidane dalam perlawanan tahunan.
Kedua buah kelab itu sudah bertemu musim panas, dengan United menang menerusi sepakan penalty selepas keputusan seri 1-1 dalam perlawanan persahabatan di California.
Ini adalah perlawanan pertama musim ini bagi kedua buah kelab, dengan United dilihat menjulang kejayaan sebelum perlawanan pembukaan Liga Perdana menentang West Ham United pada Ahad.
“Perbezaan di antara pemenang Liga Juara-Juara dan Liga Europa adalah jelas. Liga Europa sukar untuk dimenangi, terdapat banyak perlawanan dengan perlu membuat banyak perjalanan, tetapi ia bukan El Dorado bagi pemain bola sepak,” kata bekas jurulatih Real, Mourinho di Philip II Arena semalam apabila ditanya jika pasukannya boleh mengatasi gergasi Sepanyol itu.
“Kualiti tertinggi adalah jelas dalam Liga Juara-Juara, dan apabila anda mara ke separuh akhir, anda mempunyai empat dari lima atau enam pasukan terbaik di Eropah. Jadi terdapat perbezaan kualiti, tetapi kami percaya ia adalah mungkin.”
Sementara itu Madrid memenangi trofi ini pada tahun lepas untuk menjadikannya tujuh kemenangan dalam tempoh lapan tahun, satu-satunya kemenangan United hadir pada 1991 dan Mourinho tidak pernah meletakkan tangannya ke atasnya. – AFP