Oleh Pg Hjh Nazhatul Shima Pg Hj Tajuddin
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mei – Sekolah Rendah Kasat, baru-baru ini, telah mengadakan cabaran BEMMS untuk murid-murid sekolah berkenaan, yang diadakan di sekolah berkenaan. BEMMS bermaksud gabungan cabaran lima subjek iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Matematik, Melayu Islam Beraja dan Sains.
Cabaran BEMMS adalah salah satu aktiviti akademik daripada lima mata pelajaran berkenaan untuk murid menguji minda murid secara permainan amazing race berbentuk pembelajaran yang menyeronokkan.
Tujuannya adalah untuk mengajar murid bekerjasama dalam mencari jawapan serta menghargai masa.
Cabaran tersebut dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut nama-nama planet iaitu Jupiter, Mercury, Pluto, Mars, Saturn dan Neptune.
Kumpulan Jupiter menang dalam cabaran BEMMS diikuti dengan Kumpulan Mercury. Guru Besar Sekolah Rendah Kasat, Awang Mohd Hashnalhakhim bin Halim menyampaikan hadiah kepada murid yang memenangi cabaran tersebut.
