Uji pandu model baharu Mercedes-Benz

-Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Dis – Syarikat Jati Transport Sdn Bhd selaku pengedar tunggal Mercedes-Benz di Negara Brunei Darussalam hari ini menjemput orang ramai terutama kepada pelanggan setia untuk menjalankan uji pandu kereta model terbaharu Mercedes-Benz di Bilik Pameran Mercedes-Benz Autohaus di Beribi.

Sesi uji pandu yang dibuka dari pukul 10 hingga 4 petang itu memberi peluang kepada para pelanggan untuk mencuba model-model baharu seperti GLC, E200, E300, C180, CLA 200 dan GLA 200. Selain itu, mereka juga diberikan hidangan Dim Sum dengan pelbagai jenis pilihan dan minuman panas secara percuma sambil diberi penerangan lanjut mengenai model-model yang mereka minati. Menurut Eksekutif Pemasaran Syarikat Jati Transport Sdn Bhd, Daniel Loo, acara yang diadakan buat kali pertama ini diharap dapat mengeratkan lagi hubungan bersama para pelanggan, di samping dapat menawarkan jaminan pelbagai tawaran baharu bagi pelanggan yang ingin memiliki kereta Mercedes-Benz.

Beberapa orang pelanggan ketika meninjau salah sebuah model terbaharu Mercedes-Benz.