Thursday, April 24, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Uji pandu teksi udara bakal dilancar

    SINGAPURA, 24 Okt – Ujian penerbangan teksi udara atau hover-taxi tanpa pemandu akan diadakan di Singapura pada tahun depan, kata firma penerbangan Jerman, sebagai langkah inovasi terbaharu untuk menawarkan laluan bagi menangani masalah kesesakan lalu lintas di Asia.

    Berjuta-juta pengulang-alik di bandar Asia terpaksa menghadapi kesesakan teruk setiap hari, sekali gus mencetuskan satu perlumbaan untuk mengemukakan cara baharu untuk mengelak kesesakan itu.

    Sementara negara maju Singapura tidak mengalami kesesakan teruk, ia dilihat sebagai satu ujian terbaik untuk teknologi baharu ini disebabkan saiznya yang padat dan sikap negara itu yang terbuka kepada inovasi.

    Firma Jerman Volocopter berkata semalam ia akan menjalankan ujian penerbangan di Singapura pada separuh tahun kedua tahun depan dengan sokongan daripada kerajaan.

    Menyerupai sebuah helikopter, teksi udara elektrik Volocopter berlepas dan mendarat secara menegak. Mereka beroperasi berdasarkan teknologi dron dan boleh membawa dua orang sejauh 30 kilometer, kata firma dalam satu kenyataan.

    Gambar fail pada 18 Oktober 2018 menunjukkan helikopter elektrik, Volocopter 2X dipamerkan semasa Persidangan Autonomi dan Mobiliti Bandar di Paris. – AFP

    Ujian di Singapura menyusuli satu demonstrasi awam di Dubai pada tahun lalu.

    “Volocopter dicipta khususnya untuk misi dalam bandar,” kata Volocopter dalam satu kenyataan, menambah ia boleh bertahan keadaan gelora kecil di sekitar bangunan pencakar langit, sekali gus membenarkan perjalanan yang lancar.

    “Ia amat senyap sehingga pada ketinggian penerbangan 100 meter, ia tidak dapat kedengaran berbanding latar belakang bunyi bandar.”

    Seorang jurucakap syarikat berkata Volocopter boleh dikawal oleh seorang juruterbang dengan menggunakan joystick atau kawalan jauh dari darat.

    Selain daripada ujian penerbangan, Volocopter juga akan menubuhkan satu reka bentuk produk dan pusat kejuruteraan di Singapura untuk menyokong pelan perkembangannya.

    Volocopter berkata mereka bersedia untuk memperkenalkan laluan tetap pertama mereka di bandar itu.

    Teksi udara akan melengkapi perkhidmatan helikopter yang telah pun dilancarkan di beberapa bandar untuk mengatasi kesesakan lalu lintas. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda