Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Uji paparan ‘like’

    Facebook sebelum ini telah pun menguji bentuk paparan baharu yang menyembunyikan paparan angka ‘Like’ pada Instagram.

    Melalui ujian yang dilakukan, Facebook menyembunyikan paparan awam untuk angka ‘Like’, reaksi, dan juga angka tontonan video.

    Angka ini disembunyikan daripada paparan awam, dan hanya dipaparkan kepada pemilik perkongsian berkenaan sahaja.

    Dengan kaedah ini, ia dilihat akan mengalakkan lebih ramai berkongsi perkara yang berlaku disekitar mereka dan yang melibatkan mereka – berbanding berkongsi untuk mendapatkan angka ‘Like’ semata-mata.

    Facebook sendiri sebelum ini telah mengatakan akan lebih mengutamakan perkongsian berbentuk peribadi di NewsFeed berbanding daripada Pages dan sebagainya.

    Perubahan ini juga mungkin salah satu perkara yang akan menjadi fokus utama penyedia laman sosial berkenaan dalam bulan-bulan akan datang – apatah lagi dengan Facebook yang merancang memperkenalkan antaramuka baharu laman mereka tidak lama lagi. – Agensi

    Melalui ujian yang dilakukan, Facebook menyembunyikan paparan awam untuk angka ‘Like’, reaksi, dan juga angka tontonan video. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda